Skip to main content

Hikmat sabun mandi


Ibu saya bukanlah seorang saintis, tetapi dia sangat gemar mengkaji dan mencuba kaedah2 berkesan dalam pengurusan rumahtangga sempurna. Antara penemuan ibu saya yang sangat berguna adalah kegunaan sabun mandi.

Kita fikirkan, sabun mandi ini lembut untuk membuang kekotoran badan kita sahaja. Rupanya ada banyak lagi yang mampu dilakukan oleh sabun mandi. Di bawah ini ada beberapa kegunaannya:

Kegunaan 1

Sabun mandi amat berguna untuk mencuci kolar baju lelaki. Terutama kolar baju sekolah anak2 lelaki yang berwarna putih. Tidak ketinggalan juga kolar baju kerja para suami. Letih kita menyental kolar dengan detergent, kadang2 masih susah mahu tanggal. Detergent pula agak kasar untuk tangan kita. Jadi, boleh gunakan sabun mandi untuk menyental kolar tersebut. Hasilnya pasti memuaskan!

Kegunaan 2

Setiap kali ibu datang melawat rumah saya, ibu saya mencari sabun mandi. Kemudian dia akan mencari sponge kasar dan mula menyental sinki saya sehingga berkilat. Sinki saya bukanlah yang stainless steel kerana saya masih menyewa. Jadi, sinki agak kusam dan kasar. Maka ibu saya menurunkan petua - rajin2 lah menyental sinki dengan sabun mandi dan sponge besi! Tapi memang terbukti, berkilat sungguh sinki saya!

Kegunaan 3

Kegunaan ketiga agak sensitif sikit ya. Ini dicadangkan oleh seorang kenalan saya. Katanya, sabun mandi (shampoo pun boleh) boleh digunakan untuk membasuh..ehem....anak seluar kita, khususnya orang perempuan. Selain lembut pada tangan kita, ia juga amat berkesan menghilangkan warna dan sebarang kesan! Anak seluar kita juga lebih lembut dipakai dan tidak menjadi kasar seperti setelah dibasuh dengan detergent!

Mungkin banyak lagi kegunaan sabun mandi yang saya belum temui. Tuan2 dan puan2 boleh lah mula mencari! Siapa sangka, sabun mandi yang kita gunakan untuk badan kita, kita sangkakan lembut, tetapi begitu kuat sekali ajen pembersihannya. Oh ya! Tak perlulah kita gunakan sabun branded seperti Body Shop pula, yang berharga murah pun dah terbukti keberkesanannya!

Comments

  1. Sabun mandi juga boleh digunakan untuk membersihkan kesan "water collor" yang terkena dipakaian sekolah anak-anak kita.... saya telah mencubanya dan ianya berkesan....

    ReplyDelete
  2. minuman coklat, jus buah2 yg tertumpah pun pada pakaian pun blh gunakan sabun mandi ..mak mentua yg bg tip ni ..puas sental dgn detergen smp kdg2 yg jus buah limau jd merah kt baju ...rupanya senang je sbn mandi ..

    ReplyDelete
  3. 1. sabun mandi juga berkesan menghilangkan kotoran pada 'anak seluar' wanita ketika waktu2 datang bulan!

    2.sisa-sisa sabun mandi digunakan oleh ibu saya untuk mencuci periuk @ kuali sblm disental dgn penggosok periuk yg dawai tu...hasilnya berkilat2!

    ReplyDelete
  4. juga bagus utk muka... mnghilangkan panau, atau jerawat.... juga bintik2 hitam berbanding dgn pencuci muka...

    ReplyDelete
  5. blh la cuci sinki dgn sabun lepas ni.. hehhe.. tq for the tips...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...