Imbauan 2005-Lepas habis PLKN, Alhamdulillah saya dpt offer pegi seberang laut, tapi kena prepare 2 thn dulu kat Kolej Yayasan UEM ambik A Level. Kat kolej ni, tempat tinggal students berkonsepkan chalet(rumah kecik ada 4 bilik, satu common room, 2 bilik air, satu komputer. mewah le juga). So masa hari pertama tu, lepas je tgk chalet saya, terus mak ayah bawak ke pekan Tg Malim. Tentulah beli mop dgn penyapu kan? Makanan takde pun takpe, asalkan alatan membersih cukup.
Malam tu, habis je sesi pengenalan kat dewan besar, saya dgn housemates lain pun decided nak bersihkan lantai chalet. Sebelum tu, kitorg pakai kasut masuk chalet, berdebu semacam sebab terbiar sebulan. Diorg pun ambik la penyapu, sapu2 mana yg patut. Saya pulak, dgn amat x berpuas hati, nekad tadah air dalam baldi(juga mak saya belikan), terus siram kat lorong bilik menuju ke common room dengan yakinnya. Ahahahha semua org terpinga2, apsal semangat benar? Dahla air masuk sikit2 dlm bilik diorg. Sikit je, tak byk pun~~tapi x ingt pulak camne kitorg tolak air keluar.

Masa siram2 tu, muka saya takde perasaan je, dan diorg pun diam je. Kitorg pun baru kenal. Bila dah lama2 sket, kitorg pun dah kamceng, baru diorg ungkit balik haha. Bukan tu saje, bilik air, balkoni chalet yg comel, ngan common room pun saya suka kemas. Siap mop2 lagi macam yg mak ajar. Tapi bila kat rumah mak, rasanya saya yang paling malas hihihi.
Satu benda yang saya perasan pasal diriku ini- kalau sepah, sepah betul2 sampai tak nampak lantai. Kalau kemas pulak, kemas betul2 sampai lupa belajar. Ini berlanjutan sehinggalah saya di tahun kedua universiti. Bahaya ni.....camne nak kawin?? Sebab tu la saya x kisah kalau kwn2 rapat masuk bilik time tgh jadi tongkang pecah, as I assume diorg tau saya akan bersihkan balik dgn jayanya. So tak timbul la soal bad impression ehehee.
Apa2 hal pun, saya takkan usik susunan baju dalam almari, sepahkan yg luar aje. Agaknya sebab tu la kot, bak kata kawan saya..." Rajin betul kau lipat ngan susun baju dlm almari camni. Baju2 kurung pun cam dah iron. Kalau aku, dalam almari bukan org nampak pun, lantak la nak jadi apa..". Kesimpulannya, jadilah pembersih setiap masa.
2009-Bila dah dok rumah sewa sekarang ni, asal ada je org nak dtg, saya pun akan bergegas nak bersihkan sume benda. Bilik air, ruang tamu, lap dapur gas etc. Takdelah beriye benar, at least susun la sikit2 dan lap mana2 yang patut.Ingat tak pesanan mak saya-" apa2 hal....."? Kalau hsemates saya mungkin diorang lebih fokus pada menyediakan hidangan (yg mana saya sangat2 berterima kasih), saya pulak prefer spot check setiap ruang dlm rumah, kecuali bilik tido org lain.
Ada sekali tu, saya siap vacuum lagi lantai bilik air (bilik air negara barat berkonsep kering), sebab byk sgt rambut gugur ngan debu2 lain. Lepas buat tu, saya terfikir..." agaknya budak2 ni ingat aku gila ke pegi vacuum bilik air?" Terus tak nak buat dah. Hahaha. Nak buat camne, dah mak ajar vacuum lagi bagus dari menyapu. Begitulah kehidupan saya di sini~~
wah..saya suka blog awak ni..ia sungguh bermanfaat
ReplyDeleteSaye pun suke ... ... banyak info menarik & bmanfaat !!!
ReplyDeletet.ksih..byak tips yg sya dpat dr blog awk ni..ada bnyak info yg bleh dipraktikkn..
ReplyDeleteterbaik .hebat
ReplyDelete