Skip to main content

Panduan melipat baju


Mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah dilatih oleh ibu untuk melipat baju. Maklumlah, apabila meningkat remaja tinggal di asrama, kemudian melanjutkan pengajian di universiti. Tidak mendapat latihan secukupnya dari ibu. Walaupun ramai yang kini hanya menggantung baju di almari, tetapi tidak kurang juga yang masih gemar melipat dan menyimpan di dalam laci.

Jadi di sini diturunkan sedikit panduan, langkah demi langkah untuk melipat baju.

Pertama sekali, kita perlulah mencari tempat yang bersih, biasanya, bentangkan tikar sahaja. Kemudian kita perlu melipat di atas tikar tersebut. Untuk menjadikan lipatan kemas, kita perlu melipat baju di atas permukaan rata, samada di atas lantai beralas tikar atau di atas meja yang luas.

Cara2 melipat baju sukar dihuraikan dengan kata2. Memadailah jika dikatakan di sini bahawa, baju2 perlu dilipat dengan kemas dan diratakan permukaannya.

Baju yang dilipat boleh dibahagikan mengikut kategori supaya senang diatur di tempat simpanan nanti. Contohnya, kain batik dengan kain batik sahaja, tshirt dengan tshirt sahaja. Tidaklah kita perlu bergerak to and fro berkali2 semasa menyimpan nanti.

Ada juga yang mengasingkan mengikut pemilik baju, contohnya, baju ibu selonggok, baju bapa selonggok dan yang lain2 satu kumpulan masing2. Ini amat berguna jika ahli keluarga kita ramai dan mempunyai bilik2 sendiri. Jadi, memudahkan kita menghantar kumpulan baju dari satu bilik ke bilik yang lain.
Terpulang kepada kita memilih cara mana yang lebih selesa. Jangan lupa, baju2 kerja elok dihanger terus sementara menanti digosok. Bimbang jika dilonggok lama2, kelak renyuk dan mengambil masa yang lama untuk digosok.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...