Selepas bertahun tinggal di rumah sendiri, ada kalanya kita mula terasa boring dengan perabot yang ada. Teringin membeli yang baru atau lebih hebat lagi menukar tema - dari hiasan tema tropika kepada English style. Ada juga yang tidak tahan nafsu, membeli sahaja mengikut trend2 terkini di pasaran, dulu membeli jati, kemudian membeli yang moden, kemudian di tambah pula almari putih ala2 English style. Biar kelihatan berkecamuk, tapi puas hati kerana keinginan tercapai.
Antara projek mudah yang saya lakukan adalah memberi nafas baru kepada katil saya. Setelah sekian lama, katil saya tak rosak2 juga. Saya pun mula memikirkan kepada siapa saya ingin sedekahkan katil saya. Jawapannya - tiada. Nak buang, membazir pula. Akhirnya, melalui pembacaan saya terjumpa alternatif yang sesuai dengan saya. Mengecat katil saya dengan warna kontemporari - putih! Wah, kemudian saya gantungkan pula frame dengan gambar hitam putih di atas kepala katil. Seronoknya! Saya memang bercita2 membeli katil baru berwarna putih, tapi sebagai pengganti, yang saya cover up pun kira jadik ler...
Dalam keadaan ekonomi yang merudum, kadang2 niat membeli tadi terpaksa kita telan. Yalah, belanja yang dikeluarkan untuk membeli perabot bukan sedikit. Tambahan pula, perabot yang lama nak dibuat apa.
Semasa saya belajar dulu, saya mempunyai seorang rakan sebilik yang hobinya adalah menukar dan mengalih kedudukan perabot lebih kurang sebulan sekali. Ada kala yang tengah ditolak ketepi, yang kiri ke kanan dan berbagai lagi. She was a restless piece of soul! Tapi saya ikut sahajalah tabiatnya - no harm done anyway!
Tapi, kini, saya fikir sikap begitu ada faedahnya. Why not, daripada kita membeli perabot baru, kita alihkan kedudukan perabot kita? Lebih jimat dan mencabar kreativiti kita. Tak perlulah kita menurut sahaja saranan pereka agar membeli dan terus membeli produk mereka. Baru2 ini, saya juga terbaca saranan sedemikian. Banyak yang kita boleh lakukan di dalam rumah kita sekiranya mencari dimensi berbeza atau memberi nafas baru di dalam rumah kita.

Comments
Post a Comment