Skip to main content

Petua mengemas - Intro

Walaupun kita di ajar dan diperturunkan dengan pelbagai tips serbaguna untuk mengemas rumahtangga, tidak semua dapat kita amalkan. Zaman berubah, maka keperluan berubah. Cuma keperluan mengemas rumah tempat tinggal kita, tetap tidak berubah.

Apabila zaman berubah dan cara hidup juga berbeza, latihan mengemas yang kita terima dulu sedikit sebanyak tidak lagi relevan. Dulu kurang mesin, sekarang kita mempunyai banyak pilihan mesin untuk membantu kita. Dulu ibu kita adalah suri rumah sepenuh masa, kita pula separuh masa sahaja. Maksudnya, kita mungkin perlu mengkaji kembali keperluan kita. Setelah itu, kita mungkin memerlukan cara yang lebih sesuai dengan gaya hidup kita.

Untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman dan keadaan, kita mungkin perlu mencipta kaedah dan sistem yang paling berkesan dengan gaya hidup kita. Tidak sesuai jika kita hanya mengikut membuta tuli cadangan dan saranan pakar atau teman2. Teknik mereka mungkin tidak dapat menghasilkan apa yang kita mahu. Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan sistem yang serasi dengan kita, tidak salah jika meninjau idea2 yang banyak ditulis di berbagai2 buku tentang pengurusan rumah tangga dan majalah2 berkenaan cara membersihkan rumah. Gabungan idea mereka mungkin mencetus suatu inovasi dalam diri anda sendiri.

Atas kesedaran itu, tips dan petua2 yang kami kongsi di sini lebih bertujuan untuk memberikan pedoman dan sebagai pembuka minda agar dapat melahirkan sistem yang anda yakin berguna. Selamat berjaya!

Comments

  1. thanx a lot di atas kehadiran blog sebegini. tak sangka ade jgak blog khusus utk mengemas rumah. hehe. Info2 sgt berguna.

    ReplyDelete
  2. saya seorang kerani terasa sangat bertuah kerana terjumpa laman ini .jutaan terima kasih kerana banyak membantu saya bagi mengemas rumah.saya akui saya paling mlas nak mengemas rumah bila umur semakin tua, sekarang saya baru sedar apa yang arwah emak kata memang benar bila kita semakin tua semakin malas nak berkemas, tapi kena lawan juga sebab kita bukan orang kaya , mana mampu nak cari pembantu.apa komen kawan2 sekalian cuba fikir2kan

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana memberi panduan sebegini
    walaupun simple kekadang cara yang betul boleh memudahkan tugasan harian

    ReplyDelete
  4. tak der masa nak kemas rumah. sampai rumah jer penat gila........tensen tengok rumah tak berkemas........cam ner yer ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...