Skip to main content

Mengemas bawah katil

Katil adalah perabot kegemaran kita. Bukan begitu? Setiap kali pulang, katil yang kita serbu dulu terutama bagi yang masih single. Untuk yang berkahwin dan pulang kerja keletihan, juga selesa landing di atas katil. Empuk dan lembut pada badan yang stress berhempas pulas sekian hari.

Sememangnya ramai yang tidak lupa mengemas katil dengan rapi di waktu pagi, tetapi yang musykil, adakah kita juga memberi perhatian ke bahagian bawah katil? Bahagian bawah katil selalu diabaikan. Sekali sekala menjengah ke situ mencari barang yang terjatuh, barulah terlihat banyaknya sawang dan debu berselirat di bawah sana. Kalau kita terus buat2 tak nampak, bertahun2 lagi entah bagaimana pula rupanya dan entah berapa ramai penghuni kecil di bawah sana.

Jadi, sekali sekala, rajin2 lah kita menjenguk ke bawah katil beserta vakum. Seelok2nya bawah katil dibiarkan kosong agar senang kita membersihkannya. Sudahlah perlu terbongkok2, terpaksa pula maneuver di celah2 kotak barang, bertambah baran rasanya. Tetapi jika kita menyewa dan masih kurang perabot untuk penstoran, cuba dapatkan kotak2 plastik yang bertutup untuk penyimpanan di bawah katil. Mudah untuk ditolak tarik semasa sesi pembersihan.

Inilah dinamakan kebersihan dalaman dan luaran, sepertimana juga penjagaan tubuh kita!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...