Skip to main content

Kaedah menyusun buku

Buku2 jangan dibiarkan bertaburan. Memang semua dari kita meletakkan buku di rak2 buku. Itu pun dah dianggap kemas. Tetapi, ada cara menyusun buku yang kita boleh praktikkan. Sepertimana kita menyusun lipatan baju di dalam almari, buku2 pun boleh disusun dengan rapi.

Alternatif 1:

Kita susun sahaja buku mengikut ketinggian. Dari yang paling tinggi ke yang paling rendah. Pastikan tulang buku semuanya selari. Nampak kemas seperti di dalam gambar.

Alternatif 2:

Kita boleh membahagikan buku mengikut kategori. Contohnya, buku2 agama satu para, buku2 sains satu para, buku2 berkenaan famili satu para. Kemudian apabila disusun, kita tetap menyusun mengikut ketinggian, dari yang paling tinggi ke paling rendah. dan jangan lupa pastikan tulang buku adalah selari.

Alternatif 3:

Saranan ini untuk mereka yang mencari kelainan. Bahagikan buku mengikut warna pula! Terutama bagi mereka yang meletakkan rak buku di ruang tamu. Kita boleh menyusun buku merah di satu para, buku kuning di satu para dan sebagainya. Jangan lupa menyusun mengikut ketinggian dan menselarikan tulang buku2 tersebut.
Amalkan meletakkan semula buku yang telah dibaca ke tempat asalnya kerana ini memastikan rumah kita sentiasa kemas dan terjaga.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...