Skip to main content

Kain lap tangan

Zaman sekarang mudah. Banyak keperluan di rumah kita boleh beli siap. Dan ada opsyen pakai buang pula. Contohnya, sekarang ramai yang menggunakan kitchen paper towel, dan bukannya pengelap tangan dalam bentuk kain. Walaubagaimanapun, masih terdapat segolongan yang menggunakan kain pengelap tangan termasuk saya sendiri. Kosnya lebih murah memandangkan penghuni rumah saya yang ramai.

Tetapi perlu diingat, kain pengelap tangan yang dikongsi bersama ramai orang berpotensi mengumpul berbagai kotoran dan ini mungkin menyebabkan penyakit yang berjangkit. Kita mungkin pernah menggunakan kain pengelap tangan yang sudah penuh bertahi lalat tapi tetap digantung untuk digunakan oleh sesiapa. Timbul juga was2 di hati - bersih ke kain pengelap ini?

Sebaiknya, pastikan anda mencuci kain lap tangan setiap hari. Bukanlah sukar sangat, cuma ambil kain dan masukkan ke dalam mesin basuh. Untuk ini, anda perlu menyediakan stok kain pengelap tangan sekurang2nya 5 helai, cukup untuk sering bertukar ganti.

Comments

  1. Basuh asingkan kain lap tangan dengan kain lap meja seperti yang dinyatakan oleh armouris. Lebih baik dicelur atau rebus kain lap tangan itu untuk mematikan kuman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata