Skip to main content

Berumah di negara tropika

Hidup di negara tropika memang mencabar. Mana taknya. Kita bukan sahaja kaya dengan sumber alam semulajadi, flora dan fauna, bahkan juga terdapat berbagai spesis binatang dang serangga. Terdapat lipas, lalat (berbagai spesis), semut (juga berbagai spesis), tikus, ulat (juga berbagai spesis), cicak, nyamuk, labah2 dan mungkin berbagai lagi. Setiap serangga menyumbang kepada pelbagai kekotoran di rumah. Ini yang menjadikan tugas2 mengemas begitu rumit.

Teman saya pernah menceritakan pengalaman berbual dengan seorang nenek Melayu yang ketika itu menetap di England. Dia bertanya "Nenek tak nak balik semula ke Malaysia ke?". Nenek tersebut menjawab begini..."Tak mahulah, sebab di Malaysia susah nak berkemas, ada lipas, semut, cicak dan macam2 lagi! Rumah pula senang berdebu berbanding England!" Ternganga kawan saya dan juga saya sendiri ketika mendengar anecdote ini.

Saya juga pernah mendengar orang memberi komen bahawa tiada nyamuk di luar negara, dan lalat pun jarang terjumpa (kecuali waktu summer). Sebenarnya, bukanlah bermakna rakyat di luar negara sangat pembersih, ini cuma kerana iklim yang berbeza. Sedangkan spesis manusia pun berbeza rupa, binatang pun lain spesisnya. Saya bukanlah pakar biologi. Jika ingin tahu lebih lanjut, silalah melanggan National Geographic atau mula menonton Discovery Channel!

Jadi, memang benar, rumah di kawasan iklim tropika lebih mudah mengumpul debu kerana kita masih kaya dengan alam semulajadi. Iklim yang lembab dan panas juga menyebabkan banyak binatang dan serangga menginap di rumah kita yang lebih nyaman.

Kerana itu, dalam aspek pemilihan perabot, kita perlu memikirkan kesesuaian dengan gaya hidup kita di kawasan tropika. Contohnya, jika membeli rak buku, eloklah dibeli yang bertutup supaya tidak mengumpul habuk. Jika kita bekerjaya atau kurang masa untuk mengemas, disarankan juga agar mengurangkan perhiasan2 kecil di rumah yang juga berpotensi mengumpul habuk dan seterusnya menarik lebih ramai serangga.

Tetapi sekiranya anda benar2 pembersih, serangga2 ini jarang menginap di rumah kita. Seperti yang saya perhatikan di rumah ibu saya, semut jarang sekali saya temui. Yalah, setiap yang tumpah dilap segera, selepas memasak, terus mengelap dan menyapu. Bak kata teman saya yang mempunyai seorang isteri yang juga bersifat begini - "Semut memang tak boleh cari makan...!"

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...