Walau apa pun pilihan penstoran kita, pinggan mangkuk memerlukan kemahiran tertentu untuk menyimpan. Ada yang rimas melihat pelbagai set lalu melonggokkan sahaja ke dalam tempat simpanan. Asalkan muat, janji tersimpan. Kalau pintu almari adalah kaca, nampak berserak dan asal letak sahaja. Yang biru bercampur merah, mangkuk bercampur cawan dan kalau boleh diselit semahu2nya selagi ada ruang.
Penyimpanan pinggan mangkuk juga boleh diberi perhatian khusus. Pastikan kegunaan hari2 diasingkan di dalam tempat yang khusus yang mudah dicapai dan disimpan. Yang tidak digunakan secara kerap perlu disimpan di tempat berbeza. Disarankan, sebelum mengisi pinggan mangkuk, kita perlu membersihkan rak2 di dalam kabinet supaya serangga tidak bersarang di dalamnya. Memang sering terdengar cerita lipas bertaburan di dalam kabinet. Pernah juga terdapat cerita tikus menjengah dari kabinet, tidak terkecuali juga cicak bersama telurnya. Yang pasti, tempat simpanan bertutup ibarat rumah kepada ramai penghuni2 kecil.
Selesai membersihkan segala para dan membuang segala sawang, kita boleh meletakkan ubat gegat sebagai penghalau lipas. Ada juga petua lama menyarankan agar meletakkan daun pandan atau kayu manis yang juga berfungsi menghalau makhluk2 kecil ini.
Selesai berkemas, kita perlu membuat keputusan tentang teknik atau cara menyusun pelbagai kelas pinggan mangkuk yang kita ada. Ada mangkuk menghidang, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang set dan ada yang tidak. Terdapat juga pelbagai warna. Berikut adalah cara2 atau kaedah2 yang boleh digunapakai:
Alternatif 1:
Jika kita mempunyai tempat simpanan yang terhad, kita mungkin ingin memaksimakan
penggunaannya. Jadi, 'space saving solution' untuk menyimpan pinggan mangkuk adalah dengan menyusun mengikut kategori mereka. Contohnya, kesemua pinggan disusun bersama, semua mangkuk disusun bersama dan semua cawan atau gelas juga disusun bersama. Mangkuk menghidang yang besar di tindih antara satu sama lain. Susunan ini lebih compact dan dapat memaksimakan penggunaan ruang. Set atau warna tidak memainkan peranan mengikut alternatif ini. Yang penting dapat menjimatkan ruang. Jika mahu menjimatkan penggunaan para yang tinggi, anda boleh juga menggunakan pembahagi rak seperti gambar ini.
penggunaannya. Jadi, 'space saving solution' untuk menyimpan pinggan mangkuk adalah dengan menyusun mengikut kategori mereka. Contohnya, kesemua pinggan disusun bersama, semua mangkuk disusun bersama dan semua cawan atau gelas juga disusun bersama. Mangkuk menghidang yang besar di tindih antara satu sama lain. Susunan ini lebih compact dan dapat memaksimakan penggunaan ruang. Set atau warna tidak memainkan peranan mengikut alternatif ini. Yang penting dapat menjimatkan ruang. Jika mahu menjimatkan penggunaan para yang tinggi, anda boleh juga menggunakan pembahagi rak seperti gambar ini.Alternatif 3:
Walaupun kita telah menyusun dengan rapi, tapi sekali-sekali pinggan-mangkuk ini perlu dijengah juga. Pastikan tiada makhluk2 perosak yang bersarang serta mengembangkan empayar mereka.




















Sinki kita gunakan saban hari. Mencuci pinggan mangkuk serta mencuci periuk dan kuali. Untuk mereka yang teliti, akan perasan sinki yang lama kelamaan berdaki. Jika dibiarkan akan berlumut kehijauan pula.
























