Skip to main content

Alamak! Tetamu datang!

Alamak! Runsingnya jika tetamu on the way mahu bertandang. Lebih dahsyat lagi kalau tiba2 terpacul di hadapan pintu. Mana tak cemas, ruang tamu rumah bersepah dengan mainan, kain baju bertaburan dan buku2 serta majalah yang tidak disusun rapi. Walaupun wajah diselaputi senyuman manis, di dalam hati kita bergoncang malu! Mulalah keluar bermacam2 alasan, "Mintak maaf ya, bebudak ni buat sepah...saya baru balik nih...tak sempat nak kemas lagi... tengah memasak...dan etc..etc..etc.."

Untuk waktu2 kecemasan seperti ini, kita perlu sentiasa bersedia. Saya pernah terbaca tips mengemas di waktu2 kecemasan seperti ini.


Kita memerlukan bakul2 spare seperti ini. Boleh yang plastik atau yang cantik seperti rotan, buluh dan sebagainya. Boleh simple atau pun fancy seperti bakul English style. Yang penting, sediakan beberapa bakul yang kosong. Apabila kesuntukan masa untuk mengemas rumah sempena kehadiran tetamu, bakul2 ini amat berguna sekali.

Dengan pantas kita sauklah barang2 yang bersepah tadi seperti buku2 anak, mainan dan sebagainya dan masukkan ke dalam bakul. Bakul2 itu pula kita angkat dan sorokkannya di dalam bilik. (Untuk sementara waktu...jangan pula bakul tersebut jadi tempat simpanan kekal)Kalau sempat, kita sapu atau vakum segera. Kalau tidak sempat, setidak2nya, ruang tamu kurang sepahnya.
Sepulangnya tetamu jangan lupa koleksi dalam bakul tadi dan kemas serta pulangkan mereka ke tempat asalnya.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...