Skip to main content

tips menyusun baju anak2


Saya sekarang mempunyai 6 orang anak. Tak percayakan? 5 yang pertama adalah lelaki dan yang terakhir baru lah perempuan. Bab organize baju dalam almari memang memeningkan. Setiap kali spot check seminggu sekali, semua kain baju bertaburan dalam almari. Memang anak2 diajar, tapi faham2 sajelah fitrah lelaki. It's not their priority!

Saya mengajar anak2 saya untuk menyusun baju mengikut kategori. Contohnya, baju untuk berjalan satu kumpulan, baju harian satu kumpulan, seluar harian satu kumpulan, baju sekolah satu kumpulan dan anak2 baju satu kumpulan. Tapi seringkali, kumpulan bercampur dan amat sulit untuk mereka mencari stokin, anak seluar dan seluar jalan apabila diperlukan. Inilah sebabnya kita kena organized, kata saya. Tak menyusahkan diri sendiri, apalagi ibu atau ayah. Mereka dengan mudah menjerit memanggil saya "Ibu, mane ni...mana tu...". Lelah saya mencari keperluan pakaian mereka. Saya memerlukan satu lagi solusi.

Bakul2 plastik seperti di dalam gambar sebelah ni amat berguna untuk saya. Lagipun, seringkali bekas ini diperolehi percuma melalui hamper2 hadiah. Harganya pun tidak mahal jika mahu dibeli. Saya arahkan anak2 saya untuk memasukkan stokin di dalam satu bekas, anak seluar dalam satu bekas lain dan singlet di dalam satu bekas. Setiap seorang mungkin mempunyai 3 atau 4 bekas plastik. Isi sajelah benda2 yang kecil2 dan menyerabutkan tersebut.

Kalau anda lebih mampu, belilah kotak2 atau bakul2 cantik seperti keluaran IKEA. Lebih menarik dipandang.
Tapi masih ade barang2 kecil seperti songkok mereka, tali leher sekolah, tali pinggang dan pelbagai lagi keperluan harian yang seringkali tersorok bila diperlukan. Ha! Organizer IKEA seperti di sebelah menjadi jawapan keserabutan saya. Barang2 remeh temeh boleh diisi di dalam organizer tersebut dan transparent pula. Menarik untuk anak2 kecil kerana warnanya yang terang. Dan saya dapati warna yang ceria memberangsangkan lagi mereka menyusun barang mereka seperti cadangan saya.

Sekarang saya boleh menarik nafas lega...

Comments

  1. ha satu lagi tips mami bagi iqbal. kolar and lengan baju tu, basuh dengan sabun mandi.
    ingat tak dulu kalau nak kilatkan periuk, guna sabun cap kapak dan gosok periuk halus
    berus gigi perlu ada banyak. berus celah2 kerusi, celah2 sinki, celah2 periuk..
    -by long

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...