Skip to main content

Membersihkan rumah


Ramai di antara kita sekarang memiliki alat hampagas atau nama popularnya vacuum. Vacuum memang memudahkan kerja2 menyapu. Hanya tekan suis dan sampah serta debu akan lenyap sekelip mata. Tetapi ada beberapa cadangan aturan yang boleh diikuti.

Pertama sekali kita perlu lah mengelap debu2 di kabinet, meja2 dan mana2 almari yang berdebu. Paling ideal adalah menggunakan kain basah. Seelok2nya kita pakai sarung tangan. Ini dapat menjaga kehalusan kulit dan juga memelihara kulit dari benda2 kotor yang boleh membawa penyakit.

Walaupun dulu penggunaan bulu ayam sangat popular tetapi sekarang tidak lagi disarankan. Menggunakan bulu ayam akan menyebabkan debu2 berterbangan ke sana kemari. Pasti menyesakkan nafas kepada pengidap2 lelah atau semput dan memberi alahan kepada mereka yang mempunyai alahan kulit seperti eczema.

Kita boleh mengelap knick-knacks seperti frame gambar, barang2 hiasan yang kita pamerkan atau juga mengelap serba sedikit bunga2 plastik. Perlu diingatkan bahawa barang2 hiasan kecil2an seperti ini mudah memerangkap haba dan menyebabkan reaksi alahan. Jadi tidak digalakkan untuk kita mengumpul knick-knacks jika kita tiada masa mengemas rumah atau mempunyai anak2 yang mempunyai alahan. Bimbang nanti bahan2 hiasan tadi cuma menjadi bahan pameran `cum' pengumpul debu sahaja!

Setelah selesai mengelap debu, barulah kita mulakan tugas menyedut sampah. Mulakan dari satu sudut ke sudut yang lain dan jangan lupa bawah almari2 atau sofa. Ada juga pakar menyarankan agar meng`vacuum' juga sofa anda terutama yang fabrik kerana mereka juga terkenal sebagai pemerangkap haba. Sebulan sekali bolehlah anda menggulung carpet dan vacuum di bawah carpet juga. Memang tidak dilihat orang, tapi memberi kesan kepada kesihatan kita.

Selesai mengemas, jangan lupa mencuci tangan dan muka atau seelok2nya mandi untuk menghilangkan debu yang melekat di badan. Terutama jika anda mempunyai bayi. Bayi memang mudah mendapat sakit. Therefore, prevention is better than cure!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...