Saya selalu berfikir lebih dari sekali sekiranya ingin meminta tolong suami saya membasuh baju. Bukanlah betul-betul membasuh, tetapi memasukkan baju ke dalam mesin basuh. Mahu tahu kenapa?
Pernah sekali beliau membuat kerja itu, dan apabila saya mengeluarkan baju-baju yg sudah dibasuh dari mesin, saya dapati lengan baju masih berlipat, hujung seluar juga begitu. Stokin juga kekal bergulung. Aduh… mahu ditegur, takut beliau kecil hati pula. Bukankah jika lipatan-lipatan itu tidak dibuka, maka pakaian tidak dapat dibasuh dengan sempurna? Mesin basuh bukannya ada tangan untuk mengiraikan pakaian yang mahu dibasuh.
Jadi, perlu diingat, walaupun kita menggunakan mesin basuh, kita tetap perlu memastikan yang pakaian dimasukkan secara satu persatu, kocek dikosongkan semuanya, semua lipatan/gulungan dibuka dan mesin tidak terlalu penuh. Maka, sejak hari itu, seboleh-bolehnya saya akan membuat sendiri kerja membasuh. Biarlah badan penat sekalipun. Kalau hati tidak puas dan perlu mencuci semula, apa gunanya?

Pantang sungguh saya jika pakaian keluarga saya dibasuh oleh orang lain walaupun ibu ataupun ibu mertua. Bukannya apa, saya rasa sangat jijik jikalau pakaian dibasuh sekali dengan seluar dalam. Bagi saya seluar dalam baik yang kita atau pun anak-anak, perlulah dibuang najis (of course berus & sabun) terlebih dulu & dibilas satu kali sebelum dicampakkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian yg lain.Pernah sekali tu waktu dlm pantang hubby tolong basuhkan baju, dicampurnya sekali seluar dalam anak perempuan yang tercalit najis berat dgn pakaian yag lain. Habis busuk najis pakaian yg lain bila dah habis basuh. Dah puas berleter, saya basuh semula pakaian tu. FYI,ingatlah pakaian yg dicuci bersama seluar dalam yg tak tak dinyah najiskan dahulu, akan digunakan dlam sembahyang kita. Pakaian memang nampak bersih di mata tapi tak semestinya suci. Adakah sembahyang kita diterima?
ReplyDeleteHubby saya lagi particular bab membasuh baju ni...
ReplyDelete