Tuesday, April 14, 2009

Rutin mencuci

Jika telah tinggal di rumah kita sekian lama, sawang di siling, debu di kipas dan kekisi tingkap semakin lama semakin menebal. Jika dibiarkan pasti hitam siling rumah dan kipas diselaputi debu. Mungkin ada yang tahan bertahun2 lamanya hidup dalam keadaan sedemikian. Tapi saya yakin ramai yang menyedari bahaya keadaan demikian kepada kesihatan kita khususnya yang mempunyai anak kecil.

Kita mungkin tidak mempunyai perabot semewah hotel tetapi kita boleh menjadikan rumah kita serapi atau sekemas hotel mahupun resort. Kekemasan tidak bergantung kepada mahal atau murah perabot kita. Yang penting kehendak kita sendiri untuk mencuci dan mengelap barang2 di dalam rumah kita.

Berikut adalah senarai rutin yang kita boleh jadikan lakukan sebulan sekali:

1. Membersihkan kipas di siling. Ambil tangga dan lap bilah2 kipas atas dan bawah. Seelok2nya laplah sebelum debu menjadi tebal dan kita sendiri menjadi geli!

2. Membersihkan sawang di siling dan sudut2 dinding. Kita perlu membeli pembersih sawang yang panjang dan lalukan di siling2 yang bersawang. Jika dibiarkan, lama kelamaan debu2 dari sawang mungkin jatuh ke dalam makanan atau minuman kita sekali sekala tanpa kita sedari.

3. Membersihkan tingkap. Debu2 jalanan dan percikan dari jalanraya atau tanah sekeliling rumah mungkin melekat di tingkap2 di rumah kita.

4. Membersihkan kekisi tingkap. Selain dari mengelap cermin tingkap, kita tidak patut mengabai kekisi tingkap. Pasti banyak debu jatuh terperangkap di situ. Ada juga yang diselaputi tahi cicak. Kita sendiri tidak mahu lagi memegang kekisi tingkap. Jangan dibiarkan. Laplah bila pandangan kita mula tidak selesa ke arah itu.

5. Mengelap debu di rak2 buku. Terutama sekali jika rak buku kita tidak berpintu. Kita boleh menggunakan bulu ayam atau vakum sahaja buku2 yang ada satu persatu. Debu2 sangat suka melekat di atas buku yang terdedah dan juga di belakang buku. Sekali2 tukar susunan buku agar kita dapat melihat sekiranya ada anai2 yang bersarang atau apa2 serangga lain.

6. Mengelap di atas kabinet2 yang tinggi. Di atas kabinet2 sering terlekat debu. Kabinet yang tinggi di atas paras mata sering kita abaikan. Perlu juga kita lap sekali-sekala untuk memastikan tiada serangga2 tropika yang pelbagai jenis bersarang di situ. Bukan kerana kita tidak nampak maka debu tidak ada. What you can't see can sometimes hurt you.

Banyak lagi tempat2 tersorok yang kita tidak patut abaikan. Amalkan lah kebersihan total kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman...!

2 comments:

  1. macam mana nak pastikan semua perabut sentiasa kemas...kalau rutin harian pun tak sempat di bereskan...;-)

    ReplyDelete
  2. semua info dlm blog ni mmg bgos2..sy jdk bersemangat tok bersihkn rumah dn pstikn evrything clear..thumbs up wat penulis blog nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...