Siapa tak suka jalan pintas. Kalau boleh, segala benda kita amalkan jalan pintas. Sukacita dimaklumkan, mengemas pun ada jalan pintasnya. Ia mungkin diperlukan untuk ibu2 yang sibuk dengan kerjaya dan anak serta suami, tetapi masih berhasrat untuk memastikan kerapian rumah sedaya mampu.
Ramai yang enggan atau kurang selesa mengemas sewaktu hari2 biasa. Biasanya, tugasan menyapu, mengemas dapur, mengemop dan melipat baju ditangguh sehingga hujung minggu. Jadi, di hujung minggu, kita dibebankan dengan kerja2 mengemas yang terkumpul. Habis masa sepanjang hari Sabtu dan Ahad dengan tugasan mengemas dan membersihkan rumah.
Di hujung minggu kita sering membasuh, melipat dan menggosok segunung baju. Kita juga bertungkus lumus menyedut sampah dan mengemop lantai keseluruhan rumah. Sudahnya, kita keletihan di hujung minggu dan tiada masa berehat. Sedar2, sudah kembali ke hari Isnin sebelum kita sempat menarik nafas.
Sebenarnya, untuk mengekalkan kebersihan rumah, kita tidak perlu bertangguh sehingga hujung minggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengemas rumah apabila ada kesempatan. Jadi, setiap hari, kita sapu sedikit ruang dalam rumah kita. Esok kita mengemas dapur pula. Lusa kita mencuci bilik air sambil mandi. Yang penting, kita melakukan sedikit setiap hari agar di hari minggu kita tidak tenggelam dalam kesibukan mengemas.
Untuk itu kita mungkin perlu mencipta jadual yang sesuai untuk kita. Setiap hari, yang wajib adalah penyediaan makan, membuang sampah dan menguruskan kain baju. Jadual contoh untuk aktiviti lain:
Isnin: Mengemas ruang tamu dan vakum
Selasa: Mengemas dapur dan mop
Rabu : Menyimpan lipatan kain baju
Khamis : Mengemas bilik2 dan vakum
Jumaat: mengemas ruang tamu dan vakum (mungkin ada tamu bertandang besok!)
Ini adalah cadangan semata2. Setiap individu mempunyai jadual kerja dan saiz famili yang berbeza.
Walaubagaimanapun, dengan jadual yang sangat sibuk, kita mungkin hanya mempunyai masa terluang untuk menyediakan makan malam dan menguruskan kain baju sahaja setiap hari.
sokong...sy setiap hr bt keje berdikit2..walau anak kecil, tp rumah maintain bersih n kemas...
ReplyDeleteidea yang bagus. semua kerja rumah boleh beres tanpa rasa penat sepanjang hari,tambahan pula anak sekolah pagi dan petang.
ReplyDeletewah. gud idea. gud idea.
ReplyDeleteSalam..saya nak minta nasihat..rumah saya jika kemas pada hari ahad,esoknya lantai dah mula dipenuhi dengan rambut yang gugur. saya tidak vakum setiap hari kerana pulang kerja pun sudah lewat. apakah yang boleh dilakukan selain vakum? dan bagaimana nak memastikan umah sentiase kemas sebab rumah saya dipenuhi dengan barang2 yang banyak.. barang2 kecil2..terima kasih
ReplyDeleteSalam Puan,
ReplyDeleteSememangnya rumah perlu disapu setiap hari. Malangnya kita mungkin tidak berkesempatan berbuat demikian. Saya pun bukan teramat pakar dalam bidang ini. Mungkin puan bole menggunakan vakum tangan yang lebih mobile untuk memvakum rambut2. Tentang barang yang banyak tersebut, puan kena tanya diri sendiri adakah masih perlu disimpan atau boleh let go sahaja. Jika masih mahu disimpan, puan kena make it a point untuk mengelap dan menyusun barangan tersebut,tiada jalan lain lagi...harap ini dapat membantu.