Skip to main content

Laundry time! - Win

Saya selalu berfikir lebih dari sekali sekiranya ingin meminta tolong suami saya membasuh baju. Bukanlah betul-betul membasuh, tetapi memasukkan baju ke dalam mesin basuh. Mahu tahu kenapa?
Pernah sekali beliau membuat kerja itu, dan apabila saya mengeluarkan baju-baju yg sudah dibasuh dari mesin, saya dapati lengan baju masih berlipat, hujung seluar juga begitu. Stokin juga kekal bergulung. Aduh… mahu ditegur, takut beliau kecil hati pula. Bukankah jika lipatan-lipatan itu tidak dibuka, maka pakaian tidak dapat dibasuh dengan sempurna? Mesin basuh bukannya ada tangan untuk mengiraikan pakaian yang mahu dibasuh.

Jadi, perlu diingat, walaupun kita menggunakan mesin basuh, kita tetap perlu memastikan yang pakaian dimasukkan secara satu persatu, kocek dikosongkan semuanya, semua lipatan/gulungan dibuka dan mesin tidak terlalu penuh. Maka, sejak hari itu, seboleh-bolehnya saya akan membuat sendiri kerja membasuh. Biarlah badan penat sekalipun. Kalau hati tidak puas dan perlu mencuci semula, apa gunanya?

Comments

  1. Pantang sungguh saya jika pakaian keluarga saya dibasuh oleh orang lain walaupun ibu ataupun ibu mertua. Bukannya apa, saya rasa sangat jijik jikalau pakaian dibasuh sekali dengan seluar dalam. Bagi saya seluar dalam baik yang kita atau pun anak-anak, perlulah dibuang najis (of course berus & sabun) terlebih dulu & dibilas satu kali sebelum dicampakkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian yg lain.Pernah sekali tu waktu dlm pantang hubby tolong basuhkan baju, dicampurnya sekali seluar dalam anak perempuan yang tercalit najis berat dgn pakaian yag lain. Habis busuk najis pakaian yg lain bila dah habis basuh. Dah puas berleter, saya basuh semula pakaian tu. FYI,ingatlah pakaian yg dicuci bersama seluar dalam yg tak tak dinyah najiskan dahulu, akan digunakan dlam sembahyang kita. Pakaian memang nampak bersih di mata tapi tak semestinya suci. Adakah sembahyang kita diterima?

    ReplyDelete
  2. Hubby saya lagi particular bab membasuh baju ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...