Benda-benda yang anda rasa tak berguna di dapur tapi sebenarnya boleh dipakai.
1. Tuala mandi yang dah buruk.Instead of simpan dalam stor je tanpa digunakan, why not kita gunting cantik2 dalam bentuk square atau rectangular, kemudian hantar ke tailor untuk jahit tepi. Tada...! Dah ada koleksi untuk buat kain buruk di dapur.
Kain buruk yang digunakan terlampau lama akan mula berlendir. Caranya, rebus kain tersebut untuk satu tempoh yang agak lama untuk membuang lendir. Kemudian baru dibasuh menggunakan sabun.
2. Berus lukisan dan berus gigiKedua-dua benda ini boleh digunakan untuk membersihkan celah-celah perkakasan di dapur seperti blender, dan muncung teko. Peringatan: amalkan sentiasa mengelap blender selepas digunakan untuk mengelakkan ianya berdaki dan hitam-hitam.
3. Clorox atau ejen pemutihan digunakan untuk memutihkan semula alat-alat seperti papan pemotong. (Tapi pastikan anda memilih ejen pemutih yang tidak membahayakan kesihatan atau yang khusus untuk membuang food stain). Pernah tak anda pergi ke rumah orang dan dapati papan pemotongnya sangat hitam. Tidakkah anda merasa geli? Selain papan pemotong, gunakan juga untuk memutihkan semula bekas-bekas plastik anda seperti tumbler. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya perasaan orang yang minum daripada bekas yang dah nampak berkerak. ye la..saya pernah cuba mengorek dengan kuku saya dan saya dapati ada benda berwarna coklat di celah kuku saya. Kesan kotoran ini sama seperti cawan bekas minum milo atau nescafe tetapi lambat dibasuh.
Clorox juga boleh digunakan untuk memutihkan jubin di sekeliling sinki dapur. Biarkan untuk seketika dan berus menggunakan berus gigi dan berus lukisan. Proses ini lebih berkesan dengan kehadiran ejen penyental seperti VIM. Jangan biarkan sinki anda seperti ada kesan lumut
eh tak payah tapis dulu ke..petua2 ni ntah yg ada membahayakan dari segi saintifik ke..cam guna clorox untuk bersihkan bekas makanan/papan pemotong dsb. haha.
ReplyDeletebahaya ni.
Lepas basuh guna clorox basuhlan bersih-bersih.... kalau tak pasti.... rendamlah dulu dgn air bersih semalaman.... clorox tu bukan melekat pun kat perkasas yang dibasuh.... macam tangan kita juga...kadang-kadang terkena clorox ketika menggunakannya.... kita basuh dgn air bersih jeee kan.... kalau masih was-was.... lupakan je lah petua nie ...
ReplyDeletesaya sangat teruja untuk mengemas rumah/bilik.tapi bila nak mula saje terbantut....sebab saya akan kata esok lah..esoklah.aduhai..
ReplyDeleteaslmualaikum... blh guna clorox. pastu cicu dgn cuka atau limau nipis. then dia akan neutral balik. sy slalu buat mcm tu. cuci papan potong dgn clorex... pastu curah je cuka , basuh bersih2. puas hati :D
ReplyDelete