Skip to main content

Kitar semula! - Awa

Benda-benda yang anda rasa tak berguna di dapur tapi sebenarnya boleh dipakai.

1. Tuala mandi yang dah buruk.Instead of simpan dalam stor je tanpa digunakan, why not kita gunting cantik2 dalam bentuk square atau rectangular, kemudian hantar ke tailor untuk jahit tepi. Tada...! Dah ada koleksi untuk buat kain buruk di dapur.

Kain buruk yang digunakan terlampau lama akan mula berlendir. Caranya, rebus kain tersebut untuk satu tempoh yang agak lama untuk membuang lendir. Kemudian baru dibasuh menggunakan sabun.

2. Berus lukisan dan berus gigiKedua-dua benda ini boleh digunakan untuk membersihkan celah-celah perkakasan di dapur seperti blender, dan muncung teko. Peringatan: amalkan sentiasa mengelap blender selepas digunakan untuk mengelakkan ianya berdaki dan hitam-hitam.

3. Clorox atau ejen pemutihan digunakan untuk memutihkan semula alat-alat seperti papan pemotong. (Tapi pastikan anda memilih ejen pemutih yang tidak membahayakan kesihatan atau yang khusus untuk membuang food stain). Pernah tak anda pergi ke rumah orang dan dapati papan pemotongnya sangat hitam. Tidakkah anda merasa geli? Selain papan pemotong, gunakan juga untuk memutihkan semula bekas-bekas plastik anda seperti tumbler. Saya selalu terfikir bagaimana agaknya perasaan orang yang minum daripada bekas yang dah nampak berkerak. ye la..saya pernah cuba mengorek dengan kuku saya dan saya dapati ada benda berwarna coklat di celah kuku saya. Kesan kotoran ini sama seperti cawan bekas minum milo atau nescafe tetapi lambat dibasuh.

Clorox juga boleh digunakan untuk memutihkan jubin di sekeliling sinki dapur. Biarkan untuk seketika dan berus menggunakan berus gigi dan berus lukisan. Proses ini lebih berkesan dengan kehadiran ejen penyental seperti VIM. Jangan biarkan sinki anda seperti ada kesan lumut

Comments

  1. eh tak payah tapis dulu ke..petua2 ni ntah yg ada membahayakan dari segi saintifik ke..cam guna clorox untuk bersihkan bekas makanan/papan pemotong dsb. haha.

    bahaya ni.

    ReplyDelete
  2. Lepas basuh guna clorox basuhlan bersih-bersih.... kalau tak pasti.... rendamlah dulu dgn air bersih semalaman.... clorox tu bukan melekat pun kat perkasas yang dibasuh.... macam tangan kita juga...kadang-kadang terkena clorox ketika menggunakannya.... kita basuh dgn air bersih jeee kan.... kalau masih was-was.... lupakan je lah petua nie ...

    ReplyDelete
  3. saya sangat teruja untuk mengemas rumah/bilik.tapi bila nak mula saje terbantut....sebab saya akan kata esok lah..esoklah.aduhai..

    ReplyDelete
  4. aslmualaikum... blh guna clorox. pastu cicu dgn cuka atau limau nipis. then dia akan neutral balik. sy slalu buat mcm tu. cuci papan potong dgn clorex... pastu curah je cuka , basuh bersih2. puas hati :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...