Skip to main content

Pesanan Emak!


Berikut adalah pesanan2 lazim dari mak saya:

1) Perap dulu segala benda yang nak digoreng seperti ayam atau ikan dengan rempah-rempahnya, baru buat benda2 lain. "Sedap dia bila digoreng..apa2 hal ikan uruskan dulu". Sebab di rumah mak saya, kerapkali cuma ada stok ikan sahaja, maka ikan wajib dicari dulu ketika masuk dapur untuk mula memasak.

ps: Nak lagi sedap, perap dgn kunyit hidup. Kalau rajin lagi, tambah lada hidup dengan bawang putih.

2) Minimumkan penggunaan bekas2 memasak. Selagi boleh guna isi bahan2 masakan secara bergilir-gilir, jangan ambil bekas baru. " Kan tak penuh sink tu.." In other words, we should save the earth by recycling!

3)Apabila mengangkat kain, angkat terus baju-baju kurung dan kemeja kerja untuk terus digantung dan disimpan dalam almari. Kalau tak sempat atau malas nak simpan, sekurang2nya letak dulu di mana-mana dengan elok dan rata, bukan digumpal macam baju2 harian lain. Ini memudahkan kerja2 menggosok baju. " Abah bising nanti baju2 dia renyuk."

3) Perkara penting sebelum keluar bilik air- lap sinki dengan tuala kering! Ini mengelakkan proses pembentukan lendir, maka sinki pun nampak berkilat dan sejuk mata memandang. Jadi setiap bilik air kena disediakan tuala kering khas untuk sinki.

Itu baru tiga pesanan. banyak lagi....di bawah adalah jenis2 pesanan yang sering didendangkan...

"apa2hal masak nasi dulu"

"apa2hal masak je. nak makan tak nak makan biarkan" (especially time raya)

"apa2hal, kosongkan sink dulu. senang nak basuh pinggan. yang dah kering tu jangan dibasahkan"

"apa2hal org tgk dapur dulu. kalau dapur bersih, bersihla semua"

"apa2hal org tgk bilik air dulu. klu bersih, bersihla semua"

"apa2hal org tgk living room dulu. klu bersih, bersihla semua"

"mula2 orang tengok cara sidai baju. cara sidai baju orang dah tau kemas atau tidak orang dalam rumah ni. kalau baju2 keras tu, cari hanger yang keras2 jugak. tak suka baju tu pakai hanger lembik.terbongkok macam orang sakit belakang"

p/s: senang cerita, jangan buat hal dengan mak saya. Everything is top priority!

Comments

  1. HAHAHHA...ayat last tu yang macam kelakar tapi memang banyak benarnya...bagi mereka yang top pengemas nih...saya memang tau....hahahah

    ReplyDelete
  2. bestnye..kalau semagat mengemas nie sentiasa ada.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa.........sama mcm mak saya ape ape hal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...